TEKS UCAPAN KETUA PROGRAM CPB2

TEKS UCAPAN KETUA PROJEK CPB2 ( 23.05.2016 ) CIK  WAN NUR FATIN IEZYAN BINTI WAN ILIAS
YDH DCP DATO’ RAMLI BIN HAJI DIN, SELAKU KETUA POLIS MELAKA.

YDH SAC DATO’ RUSLAN BIN HASSAN, SELAKU TIMBALAN KETUA POLIS NEGERI MELAKA.

Y.BHG. TUAN MOHD YUSOF BIN KAMEH PENGARAH AADK NEGERI MELAKA.

Y.BHG.AL FADIL USTAZ AHMAD TEOW BIN ADULLAH, KETUA BALAI ISLAM MELAKA.

Y.BHG. AL FADIL USTAZ HJ. RAHIMIN BIN BANI, BAHAGIAN PENGUATKUASA JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA.

Y.BHG. ASP/SP TN HAMZAH BIN AWALUDIN, AJUTEN SSSPDRM KONTIJEN NEGERI MELAKA.

Y.BHG. DR. ASMAH BINTI AWAL, TIMBALAN DEKAN HAL EHWAL AKADEMIK (HEA) FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI, UiTM KAMPUS JASIN.

Y.BHG. DR. MOHD RASDI BIN ZAINI, TIMBALAN DEKAN HAL EHWAL (HEP) FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI, UiTM KAMPUS JASIN.

Y.BHG. DR. ALAWI HAJI SULAIMAN, TIMBALAN DEKAN PENYELIDIKAN JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT, FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI, UiTM KAMPUS JASIN.

YDH ACP TN. ZULKIFLI BIN CHE WAIL, KETUA JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (JPJKK IPK MELAKA)

YDH SUPT. PN. SHAMSIAH BINTI YUSOF, TIMBALAN KETUA JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (JPJKK IPK MELAKA)

YDH DSP TN. SEMPORNAK BIN ISMAIL, KETUA POLIS DAERAH IPD JASIN, MELAKA.

YDH ASP PN. NORAZLINDA NORDIN, KETUA BAHAGIAN HAL EHWAL AWAM IPK MELAKA.

YDH ASP/PB TN. ZAIRUL HAFIZ BIN ZAINAL, PEGAWAI KESELAMATAN UiTM KAMPUS JASIN.

Y.BHG. TN. HAJI DAUD BIN AMATZIN, CHAIRMAN FOR INCORPORATED SOCIETY OF PLANTERS.

Y.BHG. EN. AHMAD ZAWAWI WEE BIN ABDULLAH, YANG DIPERTUA KELAB SSPDRM KONTINJEN NEGERI MELAKA.

Y.BHG. CIK NORDIANA BINTI IBRAHIM, KETUA PUSAT PENGAJIAN(KPP) IZAJAH, FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI, UiTM KAMPUS JASIN.

Y.BHG. PN. FARAHIDAH ZULKIFLI, KETUA PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA, FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI, UiTM KAMPUS JASIN.

Y.BHG. PN. SALWA BINTI ADAM, KOORDINATOR DIPLOMA, FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI, UiTM KAMPUS JASIN.

Y.BHG. PN. SHAMPAZURAINI BINTI SHAMSURI, KETUA AT220, FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI, UiTM KAMPUS JASIN.

Y.BHG. EN. MUHAMMAD ANWAR FAHMI HARI DAS BIN ABDULLAH, PENSYARAH FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA MERANGKAP PENYELIA PROGRAM CRIME PREVENTION BRAVO 2 (CPB2) FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI UiTM KAMPUS JASIN MELAKA.


KETUA–KETUA BAHAGIAN, KETUA-KETUA BALAI, IPD DAN JUGA IPK KONTINJEN NEGERI MELAKA. PEGAWAI DAN ANGGOTA AADK NEGERI MELAKA, JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA, BALAI ISLAM MELAKA, SSPDRM KONTINJEN MELAKA.

DATUK/DATIN/PROF/DR/TUAN/PUAN, SELURUH WARGA FPA UiTM KAMPUS JASIN SERTA SISWA DAN SISWI UiTM KAMPUS JASIN YANG DIKASIHI SEKALIAN.

SALAM DAN SELAWAT…
SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA, MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU, MELAKA 753 TAHUN, SALAM MELAKA MAJU FASA 2 DAN SALAM UiTM DI HATIKU.

Terlebih dahulu, marilah kita merafatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia, taufik dan hinayahnya kita dapat bersama-sama hadir merealisasikan Program Crime Prevention Bravo 2(CPB2) pada pagi ini dengan jalinan industri serta khidmat NBOS, pelbagai Agensi Kerajaan Khususnya PDRM IPK Melaka, PDRM IPD Jasin, SSDRM Kontinjen Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka , AADK Negeri Melaka, Balai Islam Melaka, Polis Bantuan UiTM Kampus Jasin, Para Siswa Dan Siswi Jemputan Khas Ijazah Perhubungan Awam (PR) Semester 1 , Fakulti Komunikasi Pengajian Media UiTM Kampus Alor Gajah Melaka seterusnya, sekali lagi Warga Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi UiTM Kampus Jasin sekalian.

PENGHARGAAN KEPADA FPA & AGENSI

YDH Datuk/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan, sekali lagi saya bagi pihak Warga FPA UiTM Kampus Jasin khususnya Siswa Dan Siswi Part 5, merakamkan jutaan penghargaan tidak terhingga kepada kepimpinan Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Adzmi bin Yaacob, selaku Dekan Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi, Y.Bhg. Dr. Asmah binti Awal, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof. Madya Dr. Mohd Adnan bin Hashim selaku Rektor UiTM Melaka serta seluruh Warga FPA meliputi kakitangan akademik, pentadbiran  serta sokongan yang amat optimis, komited serta nekad membantu kami mempermudahkan urusan KELULUSAN PROGRAM CPB2 serta peruntukkan kewangan yang meliputi hampir RM4,600.00.
Para hadirin sekalian, Program CPB2 telah melalui pelbagai transformasi dari segi penampilan, penyusunan serta pengisian program yang lebih bersifat Profesional, Berkompetensi Tinggi, Berdaya Saing serta melibatkan pelbagai peringkat Usahasama Perundingan serta Kepakaran yang dipelopori oleh Pensyarah kami Sir Muhammad Anwar Fahmi Hari Das bin Abdullah melalui Pemerkasaan Subjek COM 421 Effective Speaking serta kesepaduan Jaringan Kepakaran Warga Fakulti dan juga khidmat Pelbagai Agensi Luar seperti PDRM IPK Melaka, JAIM, AADK Melaka, Balai Islam Melaka, SSPDRM Melaka. Kami menyedari peri pentingnya bakal Graduan FPA hasil produk IPTA yakni UiTM wajar memiliki pelbagai kelebihan yang lebih kompetitif, dinamik, serta berdaya saing daripada Graduan di IPT serta IPTS yang lain.

PENGHARGAAN KEPADA KEPIMPINAN AGENSI

Sebelum saya meneruskan ucapan maka kami seluruh Warga FPA UiTM Jasin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada YDH IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara, dan juga kepimpinan YDH DCP Dato’ Ramli bin Haji Din selaku Ketua Polis Melaka bersama Para Pegawai Kanan PDRM IPK Melaka, IPD Jasin serta Pegawai SSPDRM yang komited amat optimis serta tanpa sifat birokrasi serta halangan komunikasi yang rencam telah meluluskan program CPB2 direalisasikan secara konsisten dari semasa ke semasa. Saya difahamkan melalui salah satu program Field Trip Documentary daripada 12 program yang direalisasikan oleh Siswa dan Siswi Part 5, FPA UiTM Jasin, Group daripada Field Trip IPK Melaka telah berjaya menemubual YDH DCP Dato’ Ramli bin Haji Din selaku Ketua Polis Negeri Melaka yang baru bertukar ke IPK Melaka hampir 6 bulan yang lalu. Kami yakin dan percaya dengan pengalaman, daya keintelektualan serta gaya kepimpinan yang mesra Stakeholders, Dato KPN Melaka akan mampu menggalas Visi Dan Misi PDRM bersama masyarakat melalui slogan “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada” serta Community Policing.
Kumpulan Field Trip IPK Melaka juga difahamkan telah menganjurkan program Smart Camp Bravo2 (SCB2) pada 07.05.2016 mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di IPK Melaka. Program di IPK Melaka telah mendapat sokongan padu daripada Kepimpinan Dato KPN Melaka dan juga JPJKK IPK Melaka. Kami sebagai Siswa dan Siswi FPA UiTM Kampus Jasin telah dilatih, diberikan pendedahan, diasak dan diuji secara fizikal, mental, spiritual dan emosi oleh Sir MAFA agar tidak hanya selesa menjadi bakal graduan mahupun mengikuti kuliah secara formal di kampus melalui pelbagai subjek dan kursus pengajian, namun beliau amat menitikberatkan gerakan turun padang, menyumbang kepakaran serta pembelajaran melalui jaringan industri bersama pelbagai agensi luar serta masyarakat.
Kami juga telah dilatih agar menjadi barisan moderator, fasilitator, serta event manager dalam merealisasikan hampir 12 program melalui kursus COM421, malah tidak cukup dengan turun padang menganjurkan pelbagai program termasuk mendedahkan agenda membantu anak bangsa Bumiputera Melayu, Sabah dan Sarawak melalui program MDAB, menyasarkan agar anak Anggota PDRM serta kumpulan tercicir seperti anak Nelayan, Peneroka, Petani serta Buruh dibawa masuk meneruskan pengajian di UiTM. Justeru kami juga diperkasa dengan kemahiran seperti:


  1.  Pengendalian Pengurusan Krisis Organisasi (Crisis Management Plan).
  2. Press Conference (Pengurusan Hubungan Media / Kenyataan Media).
  3. Debat Parlimen (Menguji Pemikiran “Critical Thinking” serta elemen Komunikasi Retorik Aristotle yakni LAGOS, ETHOS dan Phatos).
  4.  Kemahiran sebagai Pemidato serta sebagai Pengucap Awam yang Intelektual dan Profesional.
  5. Penghasilan Hak Cipta Terpelihara mahupun Intellectual Property sebagai Produk bersifat Inovasi iaitu melalui Produk CD 12 Field Trip Documentary.
  6.  Kemahiran Komunikasi Interpersonal dan juga 
  7. Kemahiran memimpin serta menganjurkan pelbagai event sepanjang semester berkaitan.


Izinkan saya menyatakan hampir 12 Program Field Trip yang direalisasikan:
  1. FT. Bukit Tinggi.
  2. FT. Golongan Sosial dan Terabai.
  3. FT. Kehidupan Mualaf.
  4. FT. Anak Yatim Payasum.
  5. FT. Ibu Tunggal Melaka.
  6. FT. SMK Tun Syed Zainuddin.
  7. FT. Pulau Besar Melaka.
  8. FT. IPK Melaka.
  9. FT. Homeless Kuala Lumpur
  10. FT. Pelancongan Negeri Melaka.
  11. FT. Muar.
  12. FT. Induk.


KEUNIKAN DARI SEGI PEMBELAJARAN

Para hadiran dan hadirat sekalian, pada hakikatnya tidak bermakna jika kami hanya mampu memiliki segulung Ijazah Kepujian Kelas Pertama namun kami gagal menguasai kemahiran insaniah, pakej kemimpinan, pengurusan krisis , pengurusan media, kemampuan untuk mencari dalil dan penghujahan serta menguasai ilmu komunikasi Perundingan ( Communication Negotiation ). Alhamdulillah dengan kemunculan pensyarah kami Sir MAFA, pelbagai agenda dan harapan kepimpinan Dekan FPA serta Warga FPA diusahakan semampu yang mungkin melalui kudrat dan pergorbanan beliau, kami menjadi saksi kepada setiap nilai kesabaran serta komitmen serta iltizam beliau, justeru kami akan semadikan setiap inci semangat serta ilmu yang dicurahkan kepada kami agar, kehadiran kami di pasaran kerjaya kelak lebih berkredibiliti dan berdaya saing.

PENGAKHIRAN UCAPAN

Para hadirin dan hadirat, satu soalan yang masih segar di minda saya dan kami seramai 187 orang Siswa dan Siswi adalah Sir MAFA menguji Daya Keintelektualan kami dengan soalan Why Singapore Is A Develop Country rather than Malaysia is still in Developing Country stages, after our 59 Years of independence. Jika saya bertanya jawapan berkaitan kepada soalan yang diajukan sudah barang tentu pelbagai jawapan yang akan saya terima, namun begitulah mesej yang tersirat dan tersurat beliau, mengolah dengan baik , “ ujarnya walaupun Allah SWT telah memberikan Malaysia satu khazanah alam, sumber bumi yang cukup subur serta mampan, minyak, galian, bijih timah, getah, kepala sawit , koko dan sebagainya namun kita tetap GAGAL, masih ditakuk Negara membangun namun Singapura telah menjadi Negara Maju walaupun tidak diberikan oleh Allah SWT sumber galian dan khazanah bumi seperti Malaysia.
Maka rahsia kejayaan Singapura adalah pemikiran di luar kotak pemikiran biasa, keutamaan di dalam produk inovasi serta penjenamaan semula produk serta teknologi dan mereka mampu menstabilkan mata wang Singapore Dollar hanya dengan elemen intraport , konsep yang mudah difahami , beli dengan nilai mata wang yang murah dan jual semula setelah melalui proses inovasi serta penjenamaan kepada produk keluaran Singapore dengan nilai mata wang USA mahupun Singapore Dollar yang jauh 3 kali tinggi daripada Ringgit Malaysia.
Para hadirin dan hadirat, banyak lagi ilmu serta pengalaman dan gaya kepimpinan beliau serta seluruh Warga Pendidik FPA yang kami hayati serta ikuti dan akan kami turuti bersama pelbagai kepakaran daripada pelbagai Agensi luar. Mudahan – mudahan melalui CPB2, para Belia serta Siswa dan Siswi UiTM bebas daripada sebarang bentuk elemen Jenayah secara disedari mahupun tidak.
“Never Stop Learning, because Life Never Stop Teaching”
Sekian ucapan saya sebarang kekurangan dan kelemahan kami adalah hasil kekhilafan kami sendiri, sesungguhnya, Allah SWT adalah yang amat afdal untuk kita turuti dan ikuti.

Assalamualaikum w.b.t.


No comments:

Post a Comment