Sunday 8 May 2016

UiTM Anjur Program Minda Kelas Pertama di IPK



Ahmad Shauqi Bin Shahairi
Ketua Projek
Smart Camp Bravo2 (SCB2)
Fakulti Perladangan dan Agroteknologi
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin Melaka
0125135227/ 0163274098


UiTM ANJUR PROGRAM MINDA KELAS PERTAMA DI IPK
MELAKA, 07 Mei- Seramai 300 orang Warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Melaka (IPK Melaka) yang terdiri daripada Anak-anak Anggota Polis dan juga Kor-Suksis Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah hadir ke program Smart Camp Bravo 2 (SCB2) di Auditorium IPK Bukit Beruang Melaka. Majlis dirasmikan oleh YDH Supt. Pn. Shamsiah Binti Yusof, selaku Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK IPK Melaka). Turut hadir ialah DSP Tn.Huzaimi Bin Othman, Pegawai Turus Pendaftaran dan Analisis, JPJKK IPK Melaka, YDH. DSP Tuan V. Guna Segaran, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Melaka Tengah, ASP Tn. Hairul Azrin bin Abdul Ghani, Pegawai JPJKK IPK Melaka, En. Muhammad Anwar Fahmi Hari Das bin Abdullah, B.K.T., Penyelia Program SCB2 merangkap Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Kampus Alor Gajah Melaka, Sdr. Ahmad Shauqi bin Shahairi selaku ketua Projek “Smart Camp Bravo 2 (SCB2), Pegawai Kanan IPK Melaka dan juga  Warga FPA UiTM Kampus Jasin.

Menurut Shamsiah, Program SCB2 yang dianjurkan oleh Warga Fakulti Pengurusan Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jasin adalah satu tindakan paling berkesan untuk meningkatkan pembangunan modal insan dalam kalangan Anak-anak Anggota PDRM IPK Melaka."Saya bagi pihak seluruh Warga IPK Melaka menghargai usaha dan komitmen para Fasilitator dan penceramah UiTM yang hadir untuk mengubah Destini Anak Bangsa khususnya Anak-Anak Polis,"ujarnya. Beliau juga turut mengharapkan agar Warga UiTM khususnya para Pensyarah dan juga Mahasiswa mampu mempertahankan tradisi menabur ilmu serta Pembentukan Modal Insan secara tuntas dari semasa ke semasa kepada seluruh Warga IPK Melaka."Kami di IPK juga melihat melalui jaringan persefahaman ini, pihak Pensyarah dan Fasilitator boleh menganjurkan pelbagai program peringkat Profesional dan Pengurusan Krisis bukan hanya merujuk kepada Belia malahan Anggota Polis yang sedia ada,"katanya.

Beliau juga menyeru agar isu pencegahan jenayah dari kalangan para Belia dapat ditangani secara konsisten bersama Polis Diraja Malaysia melalui Slogan “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”. Anwar memuji persefahaman dan keterbukaan kepimpinan YDH Ketua Polis Negara dan juga Ketua Polis Melaka yang sudi membuka ruang dan peluang kepada Warga UiTM tampil mendekati Anak Anggota serta Pegawai Polis  Melaka merujuk konsep Strategi Lautan Biru (National Blue Ocean Strategy- NBOS) yang di ilhamkan oleh YAB Perdana Menteri. "Saya hargai dan kagum dengan pendirian kepimpinan Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia yang menyahut cabaran dan seruan kami dari kalangan Pensyarah dan juga kakitangan UiTM agar pelbagai Program seperti Pemikiran Minda Kelas Pertama, Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) dapat dijayakan dari kalangan Anak Anggota Polis ,"katanya.

Anwar juga, menyambut baik permintaan Pegawai Polis IPK Melaka yang berhasrat menjemput Pensyarah Pakar UiTM untuk menganjurkan pelbagai program pembangunan kompetensi serta pengurusan krisis professional dari kalangan Pegawai Polis di IPK Melaka."Kami amat bersetuju dan nekad membantu PDRM IPK Melaka jika, wujud permintaan kerjasama berkaitan aspek Perundingan dan Kepakaran, maka kami akan turun padang mengaturkan modul yang sesuai mengikut keperluan pihak Pusat Tanggungjawab (PTJ) IPK Melaka,"ujarnya. Anwar juga menekankan aspek pembelajaran Negara Maju seperti di Harvard Business School, penganjuran Program Field Trip Documentary dari kalangan Mahasiswa dan Warga Universiti bersama Masyarakat."Kami di UiTM menerapkan nilai pembelajaran yang setaraf dengan Universiti Termuka Dunia, pembelajaran dan pengkuliahan kampus, bukan hanya merujuk kepada kejayaan CGPA semata-mata namun kami mencari kelestarian serta mahu berbakti kepada masyarakat,"katanya.

Shauqi, berkata penganjuran Program SCB2 adalah tanda pemerkasaan daya keintelektualan Mahasiswa FPA UiTM Kampus Jasin melalui Kursus COM421 Effective Speaking. "Inilah dia dikatakan budaya pembelajaran berterusan dan jaringan industri bersama pelbagai Agensi dan Masyarakat, kami bukan sahaja selesa menuntut ilmu di bilik kuliah, namun kami juga bijak mengatur langkah berbakti kepada masyarakat,"katanya.

Anak Anggota IPK  sertai  senamrobik di Program Smart Camp Bravo 2(1).


Anak Anggota IPK sertai senamrobik di Program Smart Camp Bravo 2(2).


Anwar sedang mengasah Anak Anggota PDRM ke Arah Minda Kelas Pertama.

Barisan Fasilitator UiTM bersama Anak Polis IPK Melaka.

Barisan Fasilitator UiTM dan Pegawai Kanan IPK Melaka di Program Smart Camp Bravo 2. 



Barisan Fasilitator UiTM dan Warga IPK Melaka di Program Smart Camp Bravo 2.


Barisan Pegawai Polis IPK Melaka di Majlis Perasmian Smart Camp Bravo 2.

Supt Pn. Shamsiah berucap di Program Smart Camp Bravo 2 di IPK Melaka.

Supt Pn. Shamsiah merasmikan Program Smart Camp Bravo 2 di IPK Melaka.

No comments:

Post a Comment